Sejak Iman darjah 1 ni, jadual cuti saya
pun ikut berubah. Kalau sebelum ni, boleh cuti ikut suka hati maklumlah cuti
tahunan banyak kan. #banyaklasangat.. So, kali ni kalau nak cuti kena pegi time
cuti sekolah la. Banyak sebab yang kena pertimbangkan, bila Iman dah sekolah
ni. Takkan nak ponteng sekolah pula. Baru darjah 1 dah ajar nak ponteng
sekolah, tak patut la kan. So, elakkan selagi boleh elakkan. ;)
Destinasi cuti sekolah awal tahun ni
adalah Gold Coast. Bukan Gold Coast Australia ye. Belum mampu lagi nak ke sana.
:wink: tapi Gold Coast Morib. Perjalanan dari rumah ke destinasi lebih kurang
dalam sejam sahaja. Alhamdulillah.. walaupun ada cabarannya, tapi tetap sampai
walaupun lewat sejam.
Fakta #1
Kat sini parking berlambak, dekat atau
jauh je. So, tak perlu risau.
Ada 3 kaunter kesemuanya.
#lambatgilenakcheckin. Kami sampai kul 4 petang ni pun masih ramai lagi yang
tengah queue nak check in.
Masa menunggu untuk check in lambat la
sikit. Ada dekat setengah jam kot. Tapi mostly yang check in ni dah ada buat
reservation awal. So, cepat la sikit. Cam saya, saya beli voucher kat streetdeal.my dengnan
harga RM168, termasuk breakfast untuk 2 orang, entrance ke theme park untuk 2
orang. Tak termasuk dinner ye. So, masa check in tu, present voucher tu beserta
dengan reservation yang saya dah buat thru emel. Check in berjalan dengan
lancar walaupun lama menunggu, masa saya check in, tiada deposit di kenakan.
Fakta #2
Ada certain orang yang check in dia minta
deposit. Cam saya, dorang tak minta. So, sediakan duit secukupnya.
Fakta #3
Kat sini ada kemudahan kedai, internet
cafe, massage, karaoke pun ada. Tapi takde ATM machine tau. Since ini first
time saya ke sini, tak sure dorang ada kenakan deposit ke tak. So, masa dah
sampai tu boleh plak terfikir, kalau dorang minta deposit macam mana? Tak cukup
duit ni. So, kitorang patah balik ke pekan Banting wokey. Ada dalam setengah
jam perjalanan dari resort. Sebab tu kitorang check in lambat. Kedai semua
memang ada kat sini kalau korang nak beli makanan ke apa, tapi junk food je la
kot. Koman-koman pun roti. So, kalau tak amik dinner dan malas nak kuar (sebab
kedai makan jauh wokey, paling dekat kat depan Rumah Peranginan Persekutuan
Morib - tapi tu pun tak sure buka sampai malam ke tak), so kalau perut korang
leh tahan lapar pas terjuk tiruk kat kolam mandi tu, takpe la.. cam weols, tak
tahan.. so kitorang bawa bekal siap-siap. Air dia pun mahal la gak, cam air gas
tu botol 500ml tu dah dekat RM3. Boleh dapat botol besar. Saya bawa bekal ngan
air masak bekas besar lagi saya bawa. Plak tu tetiba kat sini kuat plak minum
air, maybe sebab panas.
Bekalan makanan dari rumah + tapau dari kedai mamak. Nasi putih 3 bekas + 1 ketul ayam masak kari + satu ketul ayam madu + 1 ketul ayam goreng = RM13.60
Dari lobi dah boleh nampak theme park.
Kat lobi ni ada wifi, so don't worry.
Boleh check in and update status facebook ye..
Fakta #4
Wifi cuma ada kat lobi je. Kat bilik takde
wifi wokey.
Okey, dah selesai urusan check in, kami
pun naik ke bilik. Dapat bilik 2333, Tingkat 3. Dok berharap moga bilik tu
berdepan dengan theme park. Please.. please.. sampai-sampai bilik tengok
rupanya berdepan dengan ni....
Omaii.. takpe la...janji dapat bilik....
#redhadalamterpaksa
Fakta #5
Agak tak menarik ye dok bilik berdepan
dengan kilang ni. Sebabnya panas membahang, pastu pagi-pagi plak ada bau yang
kurang menyenangkan. Saya siap tuduh-tuduh Iman kentut lagi, tapi dia siap
cakap, 'betul kita tak kentut lagi pun ari ni..' kena tutup balkoni tu.
Barulah takde bau, tapi ye la.. kena buka tutup juga sebab nak sidai baju basah
bagai kan.. redha lagi....
Pemandangan dalam bilik. Tu dia. Dari
hujung katil dah leh nampak bilik mandi ye. Saiz bilik mandi sangat la besar.
Boleh muat satu lagi katil queen dalam tu.
Ni model bilik mandi. Berdiri elok je
dalam jakuzi amik gambar. Tingkap tu bole buka lagi besar tau. Kalau mandi kat
shower tu dan buka tingkap, boleh tengok tv skali.
Dari tingkap plak.
Nampak jakuzi tu? Besar tau.
Antara view lain
Katil, single bed
dua. Yang lain dah penuh. Boleh la, besar, ala-ala katil king.
Ni kat luar, ada kerusi dan meja kalau nak
bermalas-malasan kat luar. Tapi panas weih. Tak kuar pun, ada jugak tempat
sidai baju.
Kotak tisu comel
turut disediakan.
Penanda arah
kiblat kat atas lantai. Senang nak ukur.
Toiletries
Fakta #6
Antara kemudahan lain dalam bilik adalah :
- peti besi
- electric kettle
- mini frigde
- television
- kipas
- aircond
Kicap ABC saus
manis yang sedap.
Masa check in tadi dia ada bagi pas masuk
ke theme park. Include dalam pakej yang weols amik. Dapat 2 pas sahaja. Kalau
ada bawa anak-anak ke, boleh beli pas kat kaunter sebelum nak masuk theme park.
Valid sepanjang masa uols menginap di sini ye.
Hah.. ni yang saya cakap tadi, pas masuk ke theme park cuma ada dua je. So, kalau ada 2 dewasa 1 kanak-kanak, kena la beli lagi satu pas kan. Takkan lagi sorang nak tengok je.
Fakta #7
Kalau yang menginap tu, 2 dewasa 1
kanak-kanak, beli la pas masuk tu untuk kanak-kanak je. Yang free tu biar
dewasa pakai. Sebab? Tiket kanak-kanak murah sikit.
Dewasa : RM35
Kanak-kanak : RM20
Kalau membership :
Dewasa : RM17.50
Kanak-kanak : RM10
Fakta #8
Tapi kalau datang kawan-kawan ramai-ramai
semua orang dewasa. Cam rugi je kalau amik bilik studio suite ni. Baik amik
apartment. Dalam RM300 je camtu, ada 6 pas masuk. Siap ada breakfast. Tak rugi
pun kan. Kira sorang RM50 je.
Dalam
theme park.
Ramai woo orang.
Cuti sekolahlah katakan.
Fakta #9
Lepas korang mandi, kalau korang jalan
semula ke lobi hotel atau ke lif, sila berhati-hati ye. Sebab kat sini lantai
sangat licin. Memang dia letak papan tanda, 'AWAS LANTAI LICIN' tapi ye
la kan, malang tak berbau. Even kita alert sekalipun, kalau dah namanya malang,
tetap kena gak kan. Kalau pakai selipar, pakailah selipar yang grip sikit.
Dorang ada gak letak cam mesin untuk keringkan lantai tu kan (yang menda biru tu) tapi kalau dah orang kerap lalu lalang
kat situ dalam keadaan basah, mana dah nak keringnya. So, hati-hati ok. Saya
cadangkan kepada pihak hotel untuk sediakan karpet (bukan minta carpet mahal pun) sepanjang hallaway dari entrance theme
park ke lobi atau ke lif. Letak carpet cam untuk lap-lap kaki yang kasar tu.
Apatah nama dia. Sambil-sambil boleh keringkan kaki, keringkan selipar, dapat
mengurangkan risiko kemalangan.
Tak puas mandi sebenarnya, tapi dah petang
dan theme park pun tutup pukul 7 malam. Boleh je nak mandi sampai tutup theme
park tu tapi kitorang nak tengok sunset. Hihihi. Bukan salu dapat tengok sunset
kat tepi laut ni kan.
Dah siap mandi,
dah siap semua, marilah kita bersunset kat tepi laut.
Dari tingkat 3 tu,
ada jalan shortcut ke Pantai. Turun tangga 3 tingkat. Exercise katanya. Konon.
Layan sunset kat
The Pier.
Kami...
Theme park di waktu malam...
Gambar wajib.. mesti amik tau..
Dan kalau ada masa dan rajin, boleh buat massage di sini.. call sahaja dan buat temujanji.. :)
Malam tu, kami tido dengan lena ya amat.
Penat main air kat theme park la katakan. Esoknya, bangun pagi-pagi, sarapan
dulu. Ni kalau turun awal memang ramai wokey. Takde tempat. Ala-ala cam First
World Genting Highland tapi lagi crowd sebab dia takde section-section cam kat
Genting tu. So, sangat crowd. Nak amik makanan pun sampai rebut-rebut. Queue
bukan main panjang.
Fakta #10
Kalau nak breakfast, takpe kot kalau
korang turun lambat sikit, takde la rebut-rebut sampai pinggan jatuh bagai.
Kalau lambat pun food still ada. Walaupun breakfast dia tulis sampai kul 10
pagi, tapi kalau korang turun kul 10 pagi pun makanan still ada. Even ramai
lagi dok makan lagi masa tu.
Antara menu pagi itu.
Kari dia masin. Nak kawen agaknye tukang masak ni. Jangan marah ye tukang masak. Gurau je. :P
Meja agak kotor sebab ramai la kot kan.. dia tak sempat kemas.. so kami kemas sendiri la jawabnya..
Fakta #11
Masa check out alhamdulillah cepat je
sebab takde deposit. Tapi bagi yang ada letak deposit tu, proses check out akan
jadi lambat sikit ye, sebab time tu memang ramai la orang nak check out, yang
nak check in pun ada. Untuk yang nak check out, dorang akan check bilik dulu
sebelum kita dapat balik deposit tu. Bila semua dah clear, barulah dorang
pulangkan deposit tu.
Fakta #12
Bagi yang baru nak check in. Walaupun masa
tertera untuk check in adalah jam 3 petang. Korang boleh je datang seawal jam
12 tengah hari. Nak lagi awal pun boleh. Masa tu Korang akan dapat wristband
untuk masuk theme park dulu la kot. Kunci kendian. Tapi takpe, yang penting
dapat mandi manda kat theme park dulu. Tak la masa korang terbazir nanti. Nanti
bila dah dapat kunci, tinggal naik bilik dan rehat puas-puas.
So far, pengalaman kami stay kat sini ok,
best dan alhamdulillah, Iman pun seronok. Mungkin ada certain part boleh di
improve lagi. Insya allah, ada rezeki, kami akan datang lagi.
Babai Gold Coast
Morib.
0 comments:
Post a Comment